Bitch Slap, Life
No Comments Gendang gendut tali kecapi, tolonglah jangan busuk hati
Disclaimer: Hmmm.. Saya ini tengah menulis dalam keadaan emo.. Confirm kata-kata yang terkeluar adalah pandangan satu sudut personal saya sahaja dan sudah pasti akan ada pihak yang butthurt.
Kadang-kadang manusia ni bila dah punya ilmu, punya kepakaran, punya pengalaman penuh di dada, mulalah ia merasa takbur.
Merasakan diri itu ‘besar’ dan penting. ye la, semua pergi menyembah mintak tolong dengan dia, kecuali saya.
Sebab saya tak mau menyusahkan dia. Saya pun tau la dia mesti ada kerja lain jugak kan. Saya akan cuba sendiri lagi termampu tapi apakan daya, ilmu di dada tak seberapa.
Pertolongan seorang rakan dipinta.
Dan memang as aspected, permintaan kami itu telah membebankan beliau.
Saya minta maaf kerana menyusahkan beliau tetapi ini tidak bermakna beliau berhak memburukkan nama saya pada rakan-rakan lain tanpa usul periksa.
Jika tidak berpuas hati dengan diri ini, bersemuka la dengan saya. Kenapa perlu di perkotak-katik kan kredibiliti saya pada org lain?
Inilah sikap tipikal, konon ingin menjage hati tapi mudah busuk hati. Bersemuka itu lebih baik. Apa dapat kalau baling batu sorok tangan?
Dan jika benar hati beliau murni nak menolong rakan-rakan yang lain, tidak lah perlu diungkit pertolongan yang diberi (apetah lagi menyenaraikan nya?)
Ever wonder why i personally didn’t ask for his help? Sbb beliau pernah mengutarakan ketidakpuasan hati beliau terpaksa membantu rakan-rakan lain. Jadi saya bimbang membebankan beliau.
Lagipun saya mmg ralat nak mintak tolong die, konpem berkira. baik saya mintak tolong dekat manusia lain yang lebih sudi.
Tapi apakan daya… Barang dah jadi.
Akhirnya, inilah akibatnya.
Kuih bangkit hangit. Tiada siapa dapat makan kuih. Hanya dapat dosa lebih!