Nov 9, 2011 - Life    3 Comments

errr Big Boss budak koleq?

Lunch tadi masuk bilik Big Boss… nak bincang pasal CCTV. Berbakul jugak kena bebel-bebel hehe tapi telinga ni tadah dengan rela je, memang patut pun kena bebel. Buat kerja slow, padan la muka aku kan :p

Sambil-sambil tu ambil peluang nak mintak cuti hari Ahad ni.  Tengok gaya macam good mood je dia ni.. (despite bebelan dia tu..)

*hulur borang permohonan cuti*

*kenyit² mata dengan harapan cuti lulus*

Eh, macam pernah tengok je logo kecik dekat kemeja putih dia tu. macam logo ni je!
(pulaaaaaaakkkkk)

MCKK - Crest

source: mckk.edu.my

Sah! Memang logo Malay College Kuala Kangsar aka KoleQ!! Warna putih, merah, kuning, hitam tu memang sangat sinonim. Sekali pandang pun dah tau tu simbol mckk. heheh~

(pehal aku excited tak pasal ni?!~)

Tak sangka jugak eh Big Boss aku ni budak koleq… tapi cara dia cakap semacam ada aura budak SBP. hahahaha (padahal takde kaitan pun :p)

Dan kalau benar dia budak koleq, pelik jugak eh kenapa dia pakai kemeja putih short-sleeves tu. Macam baju sekolah jek :ops:

Anyway, cuti aku LULUS! Alhamdulillah!!! (susah woo nak dapat cuti)

p/s: Balance cuti untuk tahun ni, ada lagi 23 hari! homai~

Facebook Twitter Tumblr

3 Comments

  • Usually on wednesday we wear the red tie. But not all the time, panas kot pakai tie. So to dress down, we usually wear something with a hint of koleq. Sometimes, we wore mckk tshirts after work or to futsal. I normally pin up cufflinks. Sbb kalau pakai tie, nanti dgr suare sumbang, tie mckk la tu. My usual reply, ko pakai la tie sekolah ko. After a while, kinda rimas with the negativity. So watered down version je la.

    • oooooo bagus la korang ni kan ;) semangat tu penting!
      kalau TKC ni macam takda benda yg boleh dipakai.. setakat sticker sekolah tu je la :ops: btw, semalam Big Boss pakai kemeja putih short sleeves yg ada logo kecik dekat poket.

  • budak koleq 0812 :D

Got anything to say? Go ahead and leave a comment!