Poslaju tracking system dah tak betul #raya2012

Ye barang saya masih belum sampai, lama dah stuck dekat PPL Kuala Terengganu tu. Tertanya-tanya gak bila nak datang pos.

Jadinya mak kita tolong call Pejabat Pos Seberang Takir (sebab dah biasa berurusan ngan dorg ni). Kata mereka, kena contact Poslaju Kuala Terengganu directly. Jadi mereka tolong transfer pada En. Khalid (PPL KT). En Khalid pulak maklum yang barang tu memang dah sampai dari 14th Aug lagi tapi masih dalam karung sebab terlalu banyak untuk diuruskan. Dia nasihatkan suruh pergi collect sendiri dekat PPL KT.

Tapi camane kita nak gi collect. Kita kerja Kuala Berang  :panic: hehe Nasib baik Abah ada, mintak tolong Abah gi collect! yeay!  :ops:

Fuuhhh! Kesian Poslaju, ni mesti kes terlalu banyak parcel nak dihantar. Ye lah, banyak sangat online shop sekarang ni. Zalora (tapi dorg guna GDEX), Poplook and banyak lagi blogshop. Termasuklah online shop saya  😆

System pun dah overload sebab hari-hari ramai orang akses (termasuklah saya), nak check status parcel. Nasib baik system tak down, cuma data je tak tahu la betul ke tak. Kejap dah ‘Attempting Delivery’, kejap kat ‘Processing Centre’.

Poslaju tak menang tangan.

Dan ramai jugak yang emosi marah-marah sebab barang lewat sampai.

Pihak Poslaju mungkin tidak menjangka perkhidmatan penghantaran barang mereka boleh femes sebegini. Al maklumlah, online shop tumbuh macam cendawan. Semua la nak meniaga online. Baju, tudung, kasut, makeup sampai la ke biskut raya. Macam-macam ada!

Harap-harapnya masing-masing sabar 🙂 bulan puasa ni jangan marah-marah sangat.

Dan lagi satu, tagline DIJAMIN SAMPAI ESOK tu hanya valid untuk PosEkspres sahaja. Itu pun ikut tempat and hanya untuk pengeposan dokumen sahaja.

Tiba-tiba dapat message pasal parcel (maybe dari staff poslaju)

Anyway, tak sabar nak tunggu dapat parcel! Baju Maxi Dress Penny Chiffon warna biru!!! (itu je lah baju raya saya tahun ni.. huhuhu)

Written by Hime-sama in Bitch Slap, Life

3 Comments

  1. Ain
    October 15, 2012

    Salam. awk duk trgnu area mne? Sy duk kemaman . Btw, sy sgt suke bace tulisan awk . You inspired me . Follow my twitter https://twitter.com/Aien43 .. Facebook . Aien Aiena. Pic sy ngan flowers.

    Reply  
    • Hime-sama
      October 15, 2012

      Salam Ain 🙂 saya di area Kuala Terengganu! Thanks sudi menyinggah 😉

      Reply  
  2. tiopakusadewotio
    June 9, 2014

    barang dh ade kt pos kita siap tunjuk no tracking lgi tpi pos tak ksi jga

    Reply  

Leave a Reply

Next Post

Belang tarung?

Ye barang saya masih belum sampai, lama dah stuck dekat PPL Kuala Terengganu tu. Tertanya-tanya gak bila nak datang pos. Jadinya mak kita tolong call Pejabat Pos Seberang Takir (sebab dah biasa berurusan ngan dorg ni). Kata mereka, kena contact Poslaju Kuala Terengganu directly. Jadi mereka tolong transfer pada En. Khalid (PPL KT). En Khalid pulak maklum yang barang tu memang dah sampai dari 14th Aug lagi tapi masih dalam karung sebab terlalu banyak untuk diuruskan. Dia nasihatkan suruh pergi collect sendiri dekat PPL KT. Tapi camane kita nak gi collect. Kita kerja Kuala Berang  :panic: hehe Nasib baik Abah […]

Continue Reading