Oh my, now a house?

Dah genap setahun upgrade kereta, now gateiiii plak nak beli rumah!  :ops:

Tapi untuk menyedapkan hati kita pikir la rumah ini adalah aset. Nilai rumah tak turun. Lain lah kereta. Kereta itu satu tanggungan atau liabiliti. Nilai kereta tak pernah naik. Makin hari makin turun.

Jadi… berbekalkan perkataan ASET tu, aku gagahkan jua.

Berkobar-kobar pusing-pusing satu Kuala Berang cari rumah, apparently area sini susah bebenor nak cari rumah teres or semi-d 3 bilik. Rata-rata 4 bilik. And rege nya mak aiiihhhh RM200k plus-plus. Bertuah kalau dapat less than that.  :pfft:

#1 search

Pastu bertembung pulak dengan ‘individu’ yang memusykilkan. Rumah memang murah, siap offer kat kita lagi. Kalau bayar cash, dia akan less lagi RM50k. TAPI rumah hanya akan dibuat selepas 2 tahun dan duit anda (of course) akan digunakan sebagai modal untuk buat rumah lain. Kemudian pulak, mintak deposit RM10k and kalau loan tak lepas, dia akan pulangkan balik deposit secara ansuranRM500 sebulan (!!) Mak aihhh, 2 tahun baru abis bayar.

rumah-semi-d-kuala-berang2

Nampak sangat menipu bebenorr~~  :pfft:

#2 search

Cari dalam Mudah, jumpa satu rumah yang agak ok designnya. Anddd dah 80% siap, tinggal finishing and dijangka siap Mei 2013. Cuma, kawasan nya tak elok. Tak elok tu bukan sebab apa, tapi sebab banjir. Dah tanya office-mate dari Unit Pusat Setempat (OSC) dan katanya situ selalunya banjir. Tanya orang sekitar kawasan tu, katanya perumahan tu dah tambun tinggi. Kalaupun rumah dah ditambun tinggi, tapi jalan nya macamana? Masih banjir atau tidak?

rumah-semi-d-kuala-berang3

Ehhh.. Tapi tak mau la menanggung risiko. Cancel yang ni!

#3 search

Again, search dalam Mudah. Ada iklan rumah teres corner lot, perumahan belakang KFC. Tiga lot untuk dijual bermula RM160k! Wah wah, ini menarik sangat ni. Sebab aku memang nak cari yang kecik-kecik je sebab lepas ni kalau pindah, boleh sewa kan aje rumah tu. Area sini memang area ‘mahal’ sebab kawasan sangat strategik. Kedai runcit dekat, ada KFC, ada office lot and ada stesen minyak. Semua within walking distance. Memang sesuai bebenor la buat sewa  😉

rumah-teres-kuala-berang

MENARIK NI! *dial no pengiklan*

Adoiiii! Rupanya dah habis jual. Melepas la sayaaaa. Alahai bukan rezeki  :ops:

#4 search

By this time memang dah sangat-sangat amat stress sebab belum jumpa lagi rumah yang berkenan di hati. Punya la NAK SANGAT BELI RUMAH tension mengalahkan apa sampai Mr. A pun terkena tempias. (sorry awak huhu)

Borak-borak dengan staf Bahagian OSC, dapat la satu maklumat yang kawan dia ada nak jual Semi-D! Wahh! Risik-risik pemilik projek ni pun ok, bukan pesen tipu-tipu duit orang. Terus decide nak gi tengok rumah, after office hour.

My House In Progress

Harganya RM220,000 untuk 4 bilik dan 3 bilik air. Lebih dari range kemampuan kita, tapi dah takdak rumah bawah RM150k sekarang.

Pastu nya pulak, siap skali dengan lampu (down light round type), siling kapur (design biasa-biasa kalau tak silap) dengan kipas. Haaa senang, kan? Tak payah fikir dah pasal nak beli lampu/kipas pastu nak upah orang pasang pulak. Sonangggg! Kan.. kan.. kannnnn~

Tapi.. tapi.. tapi..

:panic:

Persoalannya, kita panik fikir nak membayar bulan-bulan! adehhhh  :pfft:

Ah cane?

Written by Hime-sama in Bitch Slap, Life

Leave a Reply

Next Post

Stand up!

Dah genap setahun upgrade kereta, now gateiiii plak nak beli rumah!  :ops: Tapi untuk menyedapkan hati kita pikir la rumah ini adalah aset. Nilai rumah tak turun. Lain lah kereta. Kereta itu satu tanggungan atau liabiliti. Nilai kereta tak pernah naik. Makin hari makin turun. Jadi… berbekalkan perkataan ASET tu, aku gagahkan jua. Berkobar-kobar pusing-pusing satu Kuala Berang cari rumah, apparently area sini susah bebenor nak cari rumah teres or semi-d 3 bilik. Rata-rata 4 bilik. And rege nya mak aiiihhhh RM200k plus-plus. Bertuah kalau dapat less than that.  :pfft: #1 search Pastu bertembung pulak dengan ‘individu’ yang memusykilkan. Rumah memang […]

Continue Reading