Pusat Servis Janome di Kuala Terengganu?

Ini mesin jahit sulaman Janome model MC 300E. Dah lama dah beli mesin ni, kalau tak silap dalam tahun 2008 dan harga nya cecah RM6000. Bayar guna konsep ansuran.  Dah habis bayar dah pun… haha Dan sekarang tahun 2013 dah. Even dia punya touch screen tu pon macam ada kulat! :yuck:

Mesin ni jarang-jarang guna. Sekarang rasa macam bersalah pulak, beria nak beli dulu tapi tak gunakan sangat pun. Konon ada macam-macam idea la, nak jahit itu nak jahit ini. Sudah nya berkubur je bawah meja. Aiseh~

tula pink - regal zebra head

Lepas tu tengok dekat blog Tula Pink, ada share gambar bantal yang disulam dengan design kepala zebra. Waaaah! Cantik sangat. Terus rasa berkobar-kobar nak guna. Tu yang tetiba semangat, jahit itu ini!

Using my Janome MC 300E

Using my Janome MC 300E – 2 Zebra Heads

machine embrodering - with and without stabilizer

Terlupa letak stabilizer sebab terlampu excited nak menjahit. Tengok yang sebelah kiri, benang bergulung-gulung! Much better kalau letak stabilizer/fusible interlining (sebelah kanan)

Bila dah lama tak guna, macam-macam hal plak jadi nya. Benang atas asyik putus-putus. Pastu tiap kali guna mesti ada bunyi ‘ktak-ktak-ktak’. Gerun kita mendengar nya. Macam ada benda sangkut or berlanggar. Takut kang lama-lama ada jugak parts yang pecah (mintak jauh laaa)

Tanya dekat kawan-kawan geng Kelab Sulaman Janome, nampak gaya nya bunyi mesin ni MEMANG BUNYI TAK NORMAL. Kena hantar servis cepat-cepat!!! :panic:  Tapi masalah nya saya tak tau kat mana kedai/technician (atau sesiapa lah) yang pandai untuk servis mesin jahit Janome ni.

Jadi… Kalau ada sesiapa tahu mana-mana Kedai Servis Mesin Jahit Janome di Kuala Terengganu, sudi-sudi lah share ya!

(terima kasihhhhhh)

Written by Hime-sama in Bitch Slap, Shambijoux Store

Leave a Reply

Next Post

Oh my, now a house?

Dah genap setahun upgrade kereta, now gateiiii plak nak beli rumah! :ops: Tapi untuk menyedapkan hati kita pikir la rumah ini adalah aset. Nilai rumah tak turun. Lain lah kereta. Kereta itu satu tanggungan atau liabiliti. Nilai kereta tak pernah naik. Makin hari makin turun...

Continue Reading