Akhirnya dah jumpa! Setelah sekian lama mencari pengganti untuk Snipping Tool windows ni. Just in case anda belum tahu, Snipping Tool memang tidak ada pada Windows 7 versi Home Basic. Memang Microsoft saja je tak bagi, mesti dorg nak kita upgrade Windows version to Home Premium (dan ke atas) heheh  😛

Jadi sebagai gantinya pengguna perlu mencari alternatif lain untuk snipping tool ni. Saya dah cuba 2-3 software (seperti SnapIt) dan saya rasa Plixia ni yang paling sesuai untuk saya.

Plixia - Snipping Tool : Capture. Preview. Share.

Plixia: Capture. Preview. Share.

Cumanya, satu kelemahan… Tool ini tak dapat digunakan untuk dual monitor.  :ops:

Tapi tak kisahlah. Small matter, just drag windows yang nak di capture ke main monitor 😉 Lagipun setakat ini, tools ini memenuhi keperluan saya. Memang simple, senang dan tak ‘makan’ CPU resource.

Jika ingin mencuba software ini, anda boleh download Plixia melalui website Lively Labs.

Selamat mencuba!  :cheer: